Sepatah 2 Kata

As'salammualaikum
Kepada pengunjung Yong Tahu Pertama Ke laman ini Di ucapkan ribuan terima kasih, dn dapat kami memenuhi segala permintaan anda.
Perniagaan ini telah bermula pada tahun 1972, di mana tiada seorang pun bangsa melayu yang tahu mengenai makanan ini. Namun dengan usaha yang tidak jemu oleh "ABAH", makanan ini menjadi popular kini...
SEJARAH YONG TAHU PERTAMA
Haji Ismail telah memulakan perniagaan ini pada tahun 1972 di Johor Bahru, dulu bertempat di Pasar Besar Johor Bahru. Kini, tempat tersebut telah didirikan Pusat Beli Belah City Square. Pada peringkat awal, memang sukar untuk menyakinkan bangsa melayu untuk mencuba makanan ini. Berbagai-bagai rintangan yang ada, namun berkat kesabaran Haji Ismail, beliau telah berjaya di dalam perniagaan ini.Pada tahun 1975, Komtar Johor Bahru telah didirikan, beliau telah berpindah ke tapak parking kereta Komtar untuk berniaga. Di sana perniagaan telah berjalan sehingga tahun 1991. Setelah itu berpindah ke Plaza Kotaraya pada tahun 1992 di Medan Selera Kebayan.Haji Ismail telah meninggal dunia pada tahun 1996, dan kini perniagaan ini telah diwarisi kepada saya. Kini saya telah menguruskan perniagaan ini, selain menjadi pembekal barang-barang Yong Tahu ini. Saya juga ada membuat Yong Tahu ini dalam bentuk segera (frozen). Perkhidmatan Katering juga ada disediakan.

Friday, January 15, 2010

order rencah yong tauhu

ini adalah sebahagian dari order customer rencah yong tauhu utk mereka buat niaga. sebenarnye ini order minggu lepas dari customer singapore sebanyak 20 kilo. sepeket mewakili 2-3 kilo bergantung permintaan.

No comments:

Post a Comment